Awal hidup Robert_Kardashian

Robert lahir di Los Angeles, California. Beliau lahir kepada Hamas Shakarian dan Tatos Kardashian, seorang pekerja pengumpul sampah di kota tersebut .[2]Datuk dan nenek moyangnya, Saghatel ("Sam") dan Harom Kardaschoff, merupakan imigran bangsa Armenia penganut Kristian mazhab Prygun[3] dari Karakale, Oblast Kars, Empayar Rusia (kini Merkezkarakale di Provinsi Kars, Turki).

Beliau belajar di Susan Miller Dorsey High School serta melanjutkan pengajiannya di University of Southern California, di mana beliau lulus dengan ijazah sarjana sains dalam pentadbiran perniagaan.[4]

Beliau mengahwini Kris Kardashian (nama keluarga asal: Houghton, kemudiannya Jenner) pada tahun 1978; hubungan mereka menghasilkan empat orang anak iaitu Kourtney, Kimberly, Khloé dan Rob.[5] Robert dan Kris bercerai pada tahun 1991.[petikan diperlukan]